Assalamualaikum.welcome to my blog..kalau ada sebarang pertanyaan atau nak saya buat entry tentang apa2, email saya di happybearstory@yahoo.com :)

Monday, December 13, 2010

DALAM BENCI ADA RINDU-part 2

HK holding…..
Siti gadis yang comel tetapi mempunyai kenakalanya yang tersendiri berlari lari anak menaiki anak tangga.
“pappp”
Seorang pemuda terlanggar Siti
 “oi..buta ke?” marah Siti....marah Siti smbil mengambil beg tangan nya yang terjatuh.sebenarnya siti  terlambat hari ini..
“eh..kasarnya perempuan ni…macam singa betina….bukannya aku  sengaja pown” jawab shahir dalam separuh berbisik namun masih jelas di pendengaran siti….
“ewah….awak yang langgar saya….sesedap rase jer nk pnggil saya singa betina..”balas siti smbil menghayunkan beg tangannya pada shahir.
“nah…awak kata saya singa betina….nih singa betina da keluar..”tambah siti.
“eh…ape nih..gile la perempuan nih..” jawab shahir sambil menghalang tubuhnya di hentam dengan beg Siti yang berat mcm batu tu..
Orang di sekeliling pelik melihat gelagat mereka…sampai ade yang berkata….’pakwe makwe gadoh la tuh..”
Jeng3.!!
Setelah menyedari kelewatannya..siti bergegas meninggalkan pemuda yang dia rasa macam nak bagi makan penampar jepun tu…
Siti bergegas ke tempat punch card sambil merungut rungut…
“ai siti….nape masam pagi ni….selama ko keje kt sini…first time akak tgk ko masam mengalahkan cuka” tegur kak jenab…eh…kak jenny…tuka nama la plak andartu nih…
“mmm…ade orang langgar siti kak..lepas tu dia panggil siti singa betina…dah la tak mintak maaf” rungut siti pada Kak Jenab..eh…salah lg..Kak Jenny iaitu tea lady di syarikat tersebut.
Terkekeh  kekeh Kak Jenny mendengar cerita  siti tu…
“ntah2 dia nak tackle siti tu….”jwab Kak Jenny sambil memegang perutnya.
“jangan mengarut la kak..dah laa..akak dah buat air belum….nanti cik setiausaha tu jadi tarzan baru akak tahu..cukup2 la dia buat part time jadi model dalam office ni..”balas siti.
“dah hantar dah pown…eh ko tahu…”
‘dah mula la keje sambilan dia tu..ish..mengumpat lak aku ni’ gumam siti di dalam hati.
“ade despatch baru….tu la..semalam ko cuti…hensem…terpikat akak…hee~~”
“ala…akak tu mamak kt kedai roti canai pown akak kate hensem..”jawab siti acuh tak acuh.
“betul ti..ko ni…statement ko tu..tahu la akak ni tak kahwin lagi…tapi taste akak tinggi tau”
“ye akak sayang…taste akak memang tinggi…dah la tu…baik akak sambung keje akak..siti ade keje nk buat nih..”balas siti sambil tersengih.
Haa..sebelum tuh….Siti ni bekerja sebagai receptionist dan bg surat kt despatch…bagi surat kat despatch.??
Hurmmmm….
Sedang Siti menunduk mengemas di bawah mejanya…
“hai kak jenny”
Siti mendengar suara seseorang menegur Kak Jenny…
‘apasal suara ni macam pernah simpan dalam otak aku ea’ monolog Siti.
Dengan keinginan yang setebal kulit tembikai untuk tahu sape empunya suara tu
Siti berdiri dan….
“awak!!!!”
Serentak Siti dan Shahir menunjuk antara satu sama lain….
Kak Jenny yang melihat adegan tu pelik kerana seingat yang tercatat dalam buku mamarazzinye Siti dan Shahir belum bertemu…
‘tapi macam ade kimia pulak budak dua orang ni…serentak lak tu…..tettttt’
Sempat pulak Kak Jenny ni membuat analisis ye….
“apa awak buat kat sini ha??” marah Siti.
“makan angin…hello cik kak…mesti la datang sini nak keje….” Bidas Shahir.
“eh..sudah2…Siti, ni la despatch baru yang akak cakap tu” sampuk Kak Jenny bagi meredakan suhu dalam badan mereka..
Siti dan Shahir memandang dengan perasaan meluat antara satu sama lain..yang anehnya…mereka memikirkan benda yang sama…..
‘haa…..mamat rambut serabut ni despatch baru tu.??
Takpe2..ko tahu la naseb badan ko yang xberapa nk tough tu..’bisik Siti dalam hati.
‘haish..apasal la singa betina ni keje kat sini jugak…takpe….boleh jugak aku balas ape yang dia buat kat aku tadi’ bisik hati Shahir pula.
Ade kimia jugak dorg ni sampai boleh fikirkan benda yang sama..
Adakah kimia tu mampu menukarkan dendam mereka??

                             *******************************************
Di rumah Siti…
“ko nape ni ti……muka da macam tapir aku tengok…selalu tak macam ni” tanya Farah.
Ketika itu mereka sedang membuat ‘persidangan meja petak’ di ruang tamu mereka. Mimi yang juga housemate mereka menumpukan matanya pada televisyen tapi antena kiri dan kanannya masih di pasang…
Antena?telinga laaa….
“tak de pe la Farah..”balas Siti.
“mana boleh takde ape…selalu ko la yang meghuru harakan rumah nih….hari ni da macam gadis yang tak berapa nak ayu…senyap jerr…story mory la dear..”pujuk  Farah.
Akhirnya Siti menceritakan apa yang berlaku di tempat kerjanya. Sambil bercerita dia menumbuk numbuk ulat bulu kesayangannya…kesian bantal tu..tak pasal2 jadi mangsa keganasan..ape nak buat..singa betina..opss.!
“ala..ko nih…aku rasa mamat uh tak sengaja la…salah ko jugak..ko g buat adegan budak kecik tu buat ape..”jawapan Farah menambahkan bengang Siti.
“hey..tu satu hal…yang dia panggil aku singa betina tu ape kess…agak2 la” balas Siti.
“dah ko sembur dia macam tu..mau tak dia panggil ko singa betina” sampuk Mimi tiba2.
‘wujud lagi budak ni..igt dah terbang ke rusia dah’omel Siti.
“ko jangan ti…..”sambung Mimi lagi.
“jangan ape?” Tanya Siti.
“aku takut dendam tu jadi baja nanti” jawab Mimi secara berkias.
“baja ape?” Tanya Siti dan Farah serentak.
“baja dalam hati ko tu la…”jawab Mimi sambil tersengih sengih.
Ke ‘blur’ an melanda dua sahabat ni seketika..
Sampailah…
“wakakakakakak…”terbahak –bahak Farah ketawa…loading jugak minah nih..
“ko apesal lak ni…tetibe macam kene sampuk” marah Siti..
“lampi la ko nih Ti..maksud mimi nih..takut dalam hati ada taman” Farah membuka minda Siti untuk mentafsir.
“hoii…simpang malaikat 44..tak hingin aku ngan mamat serabut tuh..”marah Siti.
‘hmmm..kita tengok je la nanti ti oi..’komen Farah dan Mimi dalam hati masing2.

                             ***************************************

 Siti melakukan tugasnya seperti biasa di pagi isnin tu. Tiba-tiba,
“hye Siti” sapa En Helmi dengan nada miang2 keladinya.
‘alamak….Helmi Mentari ni dah mula la tu gatal2 satu badan dia tu’kutuk Siti dalam hati. Mentari?? Suka2 jer Siti ni bagi gelaran pada orang. Sebenarnya Siti memanggil En Helmi sebegitu kerana kepalanya licin…berkilau kilau bak mutiara..
“hye En Helmi..” balas Siti seadanya.
“lunch nanti saya belanja nak?” pelawa En Helmi.
“err…tak pe la En Helmi..lagi pun saya bawak bekal hari ni” tolak Siti.
“hurmm..nak buat macam mana, orang tak sudi” hampa Helmi Mentari ni.
‘memang tak sudi pun’ jawab Siti dalam hati.
Shahir yang ingin mengambil surat yang perlu di hantar hari ni terlihat adegan itu.
‘la….singa betina ni minat mamat botak rupanya…dah la botak…buncit lak tu..’ kutuk Shahir.
Setelah Helmi Mentari beredar, barulah Shahir menghampiri Siti.
“ehem2..mana surat yang nak hantar hari ni?”tanya Shahir.
“assalamualaikum” balas Siti dengan sinis.
‘kene sebijik aku…takpe2…hari laen aku balas’ gumam Shahir.
“waalaikumsalam….surat yang nak kene hantar hari ni mane?”balas Shahir.
“igt jawab salam pown tak reti..ni ha..surat yang atas ni kene hantar dulu..urggent..as soon as possible” jawab Siti. Sempat lagi dia menyindir Shahir.
‘ceh..speaking lak singa betina nih…da lah sindir aku…ko tunggu..’bisik Shahir dalam hati sambil berlalu pergi.
Hurmm..apa tindakan yang akan Shahir lakukan yer??

                             *************************************





2 comments:

  1. best... tp lau laki tu lembut hati... mlayan ppuan keras hati... gak... ni dua2 keras...
    -kak cha (^_*)

    ReplyDelete
  2. best2 btl dua2 keras..hik tp xper sedap gak bc..hik..

    ReplyDelete