Assalamualaikum.welcome to my blog..kalau ada sebarang pertanyaan atau nak saya buat entry tentang apa2, email saya di happybearstory@yahoo.com :)

Thursday, December 23, 2010

DALAM BENCI ADA RINDU-part 5

Di rumah Dato Kamaruddin…
Dato Hisham dan Datin Sharmila berkunjung ke rumah sahabat baik mereka Dato Kamaruddin dan isteri Datin Alina. Turut serta Shazmira. Haishhh…menyelit je keje budak ni..tak de assigmnent ape….
Selepas makan tengah hari,Dato Kamaruddin dan Dato Hisham berbual di ruang tamu manakala Datin Alina dan Datin Sharmila serta Shazmira berbual di taman.
“lama tak makan tengah hari sama sama macam ni” Dato Kamaruddin memulakan perbualan mereka.
“haii…mana tak nye, masing2 busy, kau uruskan perniagaan tekstil dan  aku pulak uruskan barangan golf, semua dah menembus pasaran antarabangsa, tak sangka kan, syarikat kita ni maju sampai ke tahap ni” jawab Dato Hisham panjang lebar.
 “tu la, ak ingat nak berehat, nak suruh anak anak ganti tempat kita ni, tapi masing2..hai,susah nak cakap Azriq nak jadi jurutera, Azrin nak jadi photographer cum novelist, yang Eya pulak…ni paling pening kepala aku, dah ambik pengurusan perniagaan tapi ko tengok la apa yang dia mintak..” keluh Dato Kamaruddin.
“jangan kata Eya, si Shahir tu pun sama…terkejut aku hari tu, tapi dah dia bagi alasan yang aku boleh terima, terpaksa laa jugak..” balas Dato Hisham.
“tapi aku dah cakap, sementara jer, aku pun dah penat dengan dunia korporat nih, nak rehat, nak pergi honeymoon lagi sekali” sambung Dato Hisham dengan tersengih sengih.
Dato Kamaruddin tergelak besar mendengar nya.
“hai..macam nak tambah bilangan anak jer” balas Dato Kamaruddin dengan sisa ketawanya. Mendengar pertanyaan Dato Kamaruddin tu membuatkan Dato Hisham tergelak besar.
Sementara di taman Datin Alina dan Datin Sharmila membincangkan tentang….
“kita ni da sama2 lanjut usia, tapi menantu sorang pown tak de…” kata Datin Alina.
“aah..anak2 kau tak de sorang pun yang berkias kias cakap pasal kahwin ni?”tanya Datin Sharmila.
‘hee..dah start dah mak2 datin ni bergosip’bisik Shazmira.ala, ko suka jugak dengar kan. Mana ada, sikit2 jer..Shazmira berdialog dalam kepala otak dia tu.
“anak2 aku….hurmmm, tak payah cerita laa…masing2 buat perangai masing..eh Shahir tak de calon lagi ke?senang2 jadi menantu aku..” jawab Datin Alina.
“bagus jugak cadangan kau tu, aku pun berkenan dengan anak kau si Eya tu, tapi ye la budak2 zaman skarang ni nak pilih sendiri…nanti la aku bincang dengan Shahir” balas Datin Sharmila.
Shazmira yang mendengar perbualan mak2 datin tu menganalisa butir yang di keluarkan itu.Al maklum la, kerja part time dia, mamarazzi tak bergaji.
‘mama nak abang kahwin dengan kak eya?biar betik….huru hara dunia ni dengan perangai diaorang berdua tu’ bisik hati Shazmira. Shazmira kenal abangnya macam mana apatah lagi peristiwa2 yang berlaku ddi pejabat. Haaa..jangan ingat si becok ni pergi balik universiti je hari2 tak tahu ape2 cerita…cerita?

                             ***********************************************

Selepas makan malam Dato Hisham sekeluarga melakukan rutin yang selalu, ala…macam tak biasa pulak, bersantai kat ruang tamu la…dalam bahasa zaman sekarang ni…’sap kok lu…’..eh..Dato Hisham tak layan rokok, dia layan cerut je..orang kaya. Datin Sharmila membawa sepinggan puding laici yang di potong oleh Mak Kiah tadi. Sebenarnya puding laici tu di buat oleh Eya, anak Datin Alina. Datin Alina yang mengetahui puding laici adalah kesukaan Shahir dari mulut tempayan Shazmira terus membekalkan untuk Shahir. Katanya kalau dia nak makan anaknya boleh datang bila2 masa hantar puding tersebut. Hish, panjang pulak celoteh..
“wahh….mama terlebih rajin ke hari ni sampai buat puding ni?” tanya Shahir dengan teruja melihat ‘makanan ruji’ dia. Yelah, pantang nampak puding laici, licin sampai tak terjilat jari dia yang runcing uh.
“bukan mama yang buat…”jawab Shazmira.
“habis sape?” tanya Shahir pelik.
“Kak Eya yang buat..”jawab Shazmira balik manakala Datin Sharmila melihat reaksi Shahir apabila nama Eya di sebut. Dengarkan jawapan Shahir.
“sape Eya? Orang gaji baru ke?abang tak tahu pown mama ambik orang gaji baru?” jawab Shahir dengan blurr.
Shazmira yang mendengar jawapan Shahir terus gelak guling2 sampai tak cukup karpet nak guling.
“budak bertuah…Eya tu kan anak Uncle Din kamu, adik Azriq.kawan baik kamu tu..”marah Datin Sharmila. Dato Hisham yang mendengar jawapan Shahir hanya mampu geleng kepala yang melihat anaknya di serang ‘amnesia’ seketika.
“ooo..budak montel tu..mana la abang ingat, dah bertahun abang tak jumpe dia..mana la ingat..Azriq pun jarang cerita” jawab Shahir sambil tersengih.
“apa lah abang ni, ade Kak Eya jadi orang gaji, jadi menantu tu lain la cerita.” Balas Shazmira.
“jadi menantu?nak kahwin ngan sape?dengan mira?” tanya Shahir.
“apa pulak dengan Mira, dengan abang la..” balas Datin Shazmira.
“eh, apsal lak abang…tak nak la dengan montel tu” balas Shahir.
“tu dulu, sekarang ni Kak Eya dah cantik…kiut miut bang..” puji Shazmira pada Eya.
“mama pun ade cerita2 dengan Aunty Lina tadi, dia pun berkenan dengan abang” Datin Sharmila memasukkan jarum nye…he he he.
“aik, awak tak de cerita pun dekat saya?” sampuk Dato Hisham.
“macam mana saya nak cerita, awak terus pergi main golf dengan Din tadi, balik terus mandi dan makan….” Jawab Datin Sharmila.
“haa…macam mana abang…mama pun suka tengok Eya tu, baik orangnya” tanya Datin Sharmila pada Shahir.
‘dah mama berkenan, memang la kata baik, kentut busuk pun mama kata wangi..eh…tu untuk orang angau bercintun…aku kenal Eya tu pun tidak, bukan la tak kenal terus, tapi dah lama tak jumpa…’ gerutu Shahir di dalam hati.
Shazmira memandang muka abangnya yang berkerut kerut macam menahan untuk melepas tu. Sambil itu juga dia memikirkan wajah Eya jika mengetahui hal itu.
Shahir hanya membiarkan soalan Datin Sharmila tergantung. Adakah Shahir akan terima cadangan mamanya untuk di satukan dengan Eya?gadis yang dia sendiri dah lupa wajahnya.
Hurmmmmmmmmmm……………

                             ********************************************

3 comments: