Assalamualaikum.welcome to my blog..kalau ada sebarang pertanyaan atau nak saya buat entry tentang apa2, email saya di happybearstory@yahoo.com :)

Tuesday, February 7, 2012

adira beri penjelasan mengenai gambar bersama anjing~

assalamualaikum...sehat? ouh hari ni aq sangat penat..dunno why...walaupown kelas 2 je hari ni..tapi penat sangat kowt...

ok baru2 ni kecoh tentang gambar adira pegang anjing..dan adira sendiri dah beri penjelasan mengenai isu ni di mstar :

“Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya.
“Sebenarnya ia adalah gambar lama yang diambil pada tahun lalu ketika saya sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertua kakak yang bukan beragama Islam.
“Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar,” katanya kepada mStar Online..
Ketika ditanya tidakkah dia peka dan sensitif bahawa tindakan dangkal itu boleh mengundang persepsi negatif di kalangan masyarakat, Adira berkata sebagai selebriti beragama Islam yang mengetahui soal hukum-hakam, dia mengakui kesilapan tersebut.
“Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu.
“Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan,” katanya.

ok, adira mengaku pegang anjing tu tapi dalam keadaan kering dan dia dah samak..kalau ada orang tanya aq betul atau tak dye dah samak atau sekadar alasan, itu urusan dye dengan Allah ..dan bagi aq penjelasan ni cukup menampakkan kematangan dye ..oh, maybe korang akan kata aq bias sebab aq salah seorang ahli shahiratics tapi tu kebenaran ok..bukan sesetengah artis yang maen redah je jawapan ..ape2 pown isu ni dah selesai..case closed !






5 comments: