Assalamualaikum.welcome to my blog..kalau ada sebarang pertanyaan atau nak saya buat entry tentang apa2, email saya di happybearstory@yahoo.com :)

Saturday, February 4, 2012

salam maulidur rasul .

assalamualaikum ..hari ni aq nak ucapkan salam maulidur rasul kepada seluruh umat islam di dunia nih. setiap tahu kita akan ingat ulang tahun kelahiran nabi junjungan Nabi Muhammad s.a.w
kalau time sekolah rendah dulu, setiap kali sambutan maulidur rasul kiteorang akan berarak..best giler laa ...
tapi tu semua kenangan zaman sekolah la kan...sekarang ni mana ada dah macam tuh ..
kat sini aq nak share sikit berkaitan info kelahiran rasulullah yang aq ambik dari wikipedia

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Bahasa Arabنبي محمد صلى الله عليه وسلم‎) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di MakkahArab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan mengiktiraf Muhammad sebagai Nabi dan Rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.Beliau juga digelar Al Amin (Bahasa Arab الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.

kat sini jugak aq nak share kat korang satu lagu nasyid yang aq minat dari dulu :)
apa2 pown salam maulidur rasul untuk semua kawan2 :)

 





ni pown lagu favourite aq :)                                                                                             



No comments:

Post a Comment