Assalamualaikum.welcome to my blog..kalau ada sebarang pertanyaan atau nak saya buat entry tentang apa2, email saya di happybearstory@yahoo.com :)

Monday, December 13, 2010

DALAM BENCI ADA RINDU-part 3

Di rumah Dato Hisham

“mmm..Pak Tam, ari tu abang ade dengar Mak Nab menjerit kat rumah hari tu..kenapa ek??” tanya Shahir pada Pak Tam, tukang kebun di rumahnya. Walhal Shahir dah tahu apa yang Mak Nab jeritkan tu, malah seisi rumah tu tahu kelemahan Mak Nab, takut lipas.!!
“ala…abang macam tak tahu, Mak Nab tu kan takut dengan lipas, entah macam mana, banyak pulak lipas…dari mana datang pun tak tahu..Dato dah arahkan orang bersihkan dapur tu, tapi tak datang lagi..lusa baru dia datang”,panjang lebar Pak Tam menerangkan.
Shahir terangguk angguk sambil memikirkan sesuatu atau lebih tepat merancang sesuatu.
“Pak Tam boleh tolong tak?”tanya Shahir.
“tolong ape?”balas Pak Tam.
“tolong tangkapkan lipas tu…dalam empat lima ekor cukup la” jawab Shahir.
“ha??kamu nak buat apa dengan lipas2 tu abang?” terperanjat Pak Tam dengan permintaan Shahir yang di rasakan luar tabii’..eh…buang tabiat laa…
“hehe..ade lah..abang nak buat eksperimen” jawba Shahir sambil tersengih.
“eksperimen ape yang abang nak buat?bukan abang dah habis belajar ke?”tergaru garu Pak Tam dengan permintaan Shahir tu.
“ala..abang nak buat eksperimen suara singa betina” balas Shahir dengan senyum kambing dia tu.
Singa betina??tetttttttttt….
“hurmmm….yelah..malam  nanti Pak Tam bagi” mengalah dengan permintaan Shahir.
Tanpa Shahir dan Pak Tam sedari, Shazmira memasang antenanya di balik dinding.
‘hurmm….mesti abang ade projek nih…..nak kene csi nih…tapi cmner aku nak csi??’ omel Shazmira. Budak ni boleh geng dengan Jenny Jenab tu, jadi partner bukak rancangan ‘csi oleh mamarazzi’. Mmg sesuai sangat la kalau diorang bergabung.

          Pada malam tersebut, selepas makan malam Pak Tam memberi Shahir beberapa ekor lipas dalam satu plastik. Shahir bergegas masuk ke dalam bilik untuk menyimpan lipas2 tersebut.
“hahahahaha…lepas ni ko tahu la nasib ko pulak singa betina” ketawa Shahir sendirian di dalam biliknya.
Sendirian ker????
Itu dalam pengetahuan Shahir, luar pengetahuannya??hahaha…mamarazzi no 2 telah mengekori dia tanpa di sedari, sapa lagi kalau bukan Si becok Shazmira.
Shazmira yang mendengar ketawa abangnya dan melihat ada ‘tanduk’ yang muncul dekat rambut abangnya yang serabut tu dapat merasakan abangnya ada projek tak bertauliah..
‘sape singa betina tu?’ soal Shazmira pada dirinya sendiri..
Hurmmm….

                             ***********************************

          Keesokan paginya Shahir bersiap awal untuk ke tempat kerja. Sehinggakan dia hanya sempat minum brand’s sari pati ayam. Itu pun setelah di paksa oleh Datin Sharmila. Al-maklum lah, orang ada projek tak bertauliah bak kata Shazmira, mestilah nak pergi keje cepat..
Sesampai di pejabat, Shahir memastikan tiada orang di sekeliling..
Ala…dah comfirm2 xde orang..pukul 8 pagi!!
Masuk kerja kul 9…paling awal orang akan sampai pun pukul 8.20.. jadi Shahir dengan rasa bangga memulakan projeknya.
Pukul 8.60 minit..
Siti terkocoh-kocoh pergi ke tempat punch card. Setelah selesai, dia pun pergi ke meja nya yang betul2 di pintu masuk..dah kata receptionist..mestilah kat situ kan..
“haa..lambat lagi,ko nih…asal hari khamis jer ko lambat…..asal lambat jer hari khamis..sibuk duk tunggu channel axn 701 tuh, lepas tu lambat datang kerja” bebel Kak Jenny pada Siti.\
‘ala….membebel lak mamarzzi nih…dah csi tu cite kegemaran aku, nak buat macam mana.’ Jawab Siti tapi dalam hati je laa…di luar hati dia hanya buat sengih kambing je laa…
Kak Jenny pown beredar tapi hanya mampu sampai tapak ke sembilan sebelum dia mendengar jeritan anak tarzan. Anak tarzan?yelaa, si Siti tu kan kenit jerr, layak jadi anak tarzan jerr..
Lalu cepat2 Kak Jenny  pergi ke tempat Siti kembali dan…
Siti sedang memeluk miss kekwat@Cik suzanna, setiausaha Dato Hisham.
“hey, apa peluk2 nih…lepas lah..u ingat sini hutan ke nak jerit2 ha?” jerkah miss kekwat pada Siti..
Siti pun melepaskan pelukannya sambil menggigil-gigil..
“hish….habis baju aku”marah miss kekwat..ala, baju bundle pun nak kecoh.
Tiba-tiba..
“arrghhhhhhhhhhhhhh…” miss kekwat dah bertukar jadi bini tarzan!! Seekor lipas merayap di kaki Cik Suzanna…
‘tu laa, mengata aku lagi..’kutuk Siti..aikk, dalam takut2 pun sempat mengutuk tu..
Dato Hisham yang baru sampai pelik melihat kekecohan yang berlaku di depan pintu pejabatnya.
“kenapa semua berkumpul kat sini ni?”tanya Dato Hisham.
“ada lipas Dato,tu yang anak beranak tarzan terlepas kat sini” jawab Kak Jenny dengan selamber.
Siti dan Cik Suzanna dah bagi pandangan ‘aku cili jugak mulut andartu nih’
“lipas, macam mana pulak lipas boleh ada…hai kat rumah saya ada lipas, dekat office pun ada?”musykil Dato Hisham.
Namun kemusykilan Dato Hisham terjawab bila dia ternampak seseorang yang tengah ‘skodeng’ adegan ‘dalam hutan’ itu.
“hurmm….takpe lah…mungkin bapak lipas dari rumah saya kot terlepas kat sini..Hazim,kamu tolong bersihkan…kesian Siti ni saya tengok” kata Dato Hisham.
‘gulpp…kantoi lak dengan bapak aku..adeh…eh..tapi kalau aku bapak lipas, bapak aku atuk lipas la..keh3’ gumam Shahir.
Hazim cleaner di situ menurut arahan Dato Hisham. Semua kembali ke tempat masing2 setelah ‘hutan’ tadi dah lenyap. Shahir datang pada Siti dengan muka selamber..
“assalamualaikum anak tarzan..opss…Cik Siti…surat2 yang nak di hantar??” tanya Shahir sambil menyindir Siti. Siti hanya menghulurkan surat tu tanpa berkata apa2 pun.
Sebelum Shahir berlalu..
“first time saya dengar suara singa betina macam anak tarzan” tergelak gelak Shahir sambil mengenakan Siti.
Siti hanya mendiamkan diri tapi dalam hatinya
‘aku tahu ko yang kenakan aku……ko tunggu….aku akan balas’ hatinya berkata-kata. Siti bengang dengan tindakan Shahir yang dia rasa melampau tu..
Satu hari Siti hanya membisu, hanya melakukan tugasnya. Makan tengah hari pun tidak. Satu hari tu juga, dengan kepakaran mamarazzi, sapa lagi Kak Jenny la, cerita anak dan bini tarzan tersebar. Orang yang di jadikan bahan ketawa bukan Siti walaupun ada tempiasnya sikit, tapi Cik Suzanna atau pun miss kek wat gelaran yang di beri oleh staff di situ. Boleh di katakan, semua staf tak suka dengan Suzanna tu, dah nama pun kekwat kan..paham2 sendiri laa…

                             ********************************

Semasa menonton tv di rumah Dato Hisham..
“kenapa abang buat macam tu..kesian Siti tu ayah tengok” tanya Dato Hisham pada bapak lipas…eh…Shahir.
“selama 25 tahun ayah kenal anak lelaki ayah ni, tak pernah ayah tengok abang nakal macam tu” sambung Dato Hisham.
Shahir hanya mendiamkan diri, bagi dia diam tu lagi baik dari berbohong walaupun dia akui kata2 ayahnya. Dia tak pernah sekali senakal itu.
‘apa abang dah buat bang?” tanya Datin Sharmila.
Shazmira yang seakan-akan dah tahu projek abangnya itu hanya memasang antena.
“ada lipas kat bawah meja Siti,budak receptionist tu pagi tadi, menjerit la budak tu” balas Dato Hisham.
Receptionist?? Singa betina tu receptionist kat HK Holdings?? Minda Shazmira mentafsir ‘sesuatu’. Lamunannya terhenti mendengar pertanyaan dari Datin Sharmila.
“laa…kesian budak tu..tapi apa kena mengena dengan abang?”tanya Datin Sharmila pelik berbaur simpati pada Siti.
“hurmmm…mula2 abang pun pelik, tapi tiba2 nampak bapak lipas menyorok terkekeh-kekeh ketawakan budak Siti tuh” jawab Dato Hisham sambil menjeling pada Shahir.
Shahir hanya membuat muka selamber katak mendengar kata2 Dato Hisham walaupun dia sedikit bengang mendengar gelaran baru itu sekali lagi.
“Shahir..” Datin Sharmila memanggil anaknya itu dengan nama dengan erti kata lain dia tak suka apa yang dia dengar itu.
“abang masuk tidur dulu maa..ayah..goodnight…assalamualaikum” jawab Shahir pantas sambil berlari naik ke biliknya.
“hish budak nih..” marah Datin Sharmila.
“mmm……adik masuk bilik dulu mama, ayah.”suara Shazmira akhirnya kedengaran.
Dato Hisham dan Datin Sharmila pelik melihat anak dara mereka yang tidak menyampuk sepatah pun perbualan mereka tadi kerana selalunya anak gadisnya itu main ‘aci redah jer’..

Sementara itu di rumah Siti..
          “ti…bukak la pintu ni…dari balik kerja ko duduk dalam bilik tu” kata Farah sambil mengetuk pintu bilik Siti. Namun Siti hanya membatu di dalam bilik.
“keluar la ti..Mimi dah masakkan ko nasi goreng tuh, ko kan suka nasi goreng Mimi tuh” sambung Farah lagi.
“dah la Farah..dia nak bersendirian tu kot..dah lapar nanti dia keluar lah..” Mimi mengalah dengan kekerasan hati Siti yang mengalahkan konkrit tu.
Siti yang di dalam bilik termenung…
“aku akan kenakan ko balik…ni Siti laa…..aku takkan diam diri…ko tunggu la mamat serabut….”dendam mula bercambah di hati Siti, tapi apa yang akan Siti lakukan?

                             **********************************************

4 comments:

  1. nice storyline..keep up a gud work..update slalu k.. :)

    ReplyDelete
  2. update selalu yer:-)
    suke baca siter mcm nie..~~

    ReplyDelete
  3. bez jugak..cpt la abiskan :)~~dod~~

    ReplyDelete
  4. best la citer...cept2 la update k...

    ReplyDelete