Assalamualaikum.welcome to my blog..kalau ada sebarang pertanyaan atau nak saya buat entry tentang apa2, email saya di happybearstory@yahoo.com :)

Friday, December 17, 2010

DALAM BENCI ADA RINDU- part 4

Seminggu selepas kejadian lipas itu…..
          Selepas makan tengah hari Siti dan Jenny pulang ke pejabat. Pekerja2 di syarikat itu juga sama. Yelaa, kalau lambat ade pulak yang tukang report, sape lagi kalau bukan miss kekwat tu…over dari boss…..
Shahir yang melihat Siti masuk ke pejabat memulakan kutukan yang ‘amat sedap di dengar’ oleh Siti.
“zim, zim….ko tak rase suasana pejabat di dah tukar jadi hutan ke…maklum la…anak tarzan da balik…” tanya Shahir pada Hazim dengan niat menyindir Siti.
Hazim hanya mampu tersengih sambil berlalu..’baik aku cabut sebelum ‘kawan baik’ ni mengeluarkan suara diorang yang merdu sesangat tu’…
‘ko sindir aku ea….tunggu jap….’ Kata Siti dalam hati.
Siti dan Shahir bersua di tengah2 pintu pejabat tu..yang peliknya, Siti memberikan senyuman yang teramat manis. Tergoda jugak la si Shahir ni..
‘uik….singa ni macam nak goda aku je….tapi mcm gula2 la senyuman dia..aisehman…’ omel Shahir.
Tergoda ye bang……
Siti menjungkit untuk berbisik sesuatu pada Shahir…
“kalau ye pown nak kutuk orang, tengok2 diri tu dulu….ni tak, syok sangat sampai kereta api pown tak jalan” bisik Siti.
Shahir membuat muka blurr… ‘kereta api? Sejak bila bapak aku buat kereta api dalam pejabat nih?’
Memang blur betul mamat ni….Shahir mengambil masa 3minit dan 45 saat setengah sebelum…..
Opss!! Tangan Shahir pantas meletakkan tangan di zip seluarnya….dia igin menarik zip itu…ala, paham2 je la bila dah malu..mestilah kelam kabut…tettttttttt..
Adegan 18sx itu menjadi tontonan umum kakitangan pejabat yang ingin memulakan tugasan mereka..
Si Jenny Jenab pulak.. “astagfirullah al azim” brulang ulang kali dengan tangan menutup matanya tapi celahan jari terbukak..
‘gatal jugak andartu ni’bisik hati Siti yang ingin mengilai kerana dia berjaya memalukan Shahir.

                                      ***************************

Dirumah Siti..

“weyh ti..tak baik ko buat dia cam uh….malu la dia” tegur Farah,tapi dalam masa yang sama dia pun mengilai macam pontianak dengar cerita Siti tu..
Mimi?
Minah tu buat muka sesuci habis la..kononnya tak nak terlibat dengan sesi mengutuk si mamat serabut uh..tapi hakikatnya….
“tak payah kesian ngan mamat uh, tu lah akibatnya kalau berani menjolok sarang tebuan…” jawab Siti dengan bangganya..macam menang anugerah la plak…
“sejak bila ko jadi tebuan?” tanya Farah blurr…
Ni lagi sorang…blurr yang teramat…
“tengkorak ang! Peribahasa pun xpenah dengar ke….”marah Siti.
“oo..peribahasa…” balas Farah.
“itu baru sikit……ada lagi advance aku nak bagi kat si serabut uh…”
“ko nak buat apa lagi ti??”tanya Mimi…
Aikk..tadi kata tak nak join…
“tunggu dan lihat….hahahahahha…” jawab Siti dengan muka ala2 miss kekwat.
“tapi kan ti, betul ke zip seluar dia terbbukak?”tanya Farah.
“tak pown.” Jawab Siti selamber..
“haa?” jerit Farah dan Mimi.
Siti hanya membiarkan kedua dua sahabatnya itu terlopong sambil berlalu.

Keesokannya…
“hai kak…” tegur Siti pada Jenny, orang yang di anggap macam kakak sendiri tu..
“haa…rajin datang pantri ni..selalu dah macam tuan puteri…macam ade pape jerr..” balas Kak Jenny sambil menjungkitkan kening ala2 Ziana Zain gitu…
“mane ader pape laa…saje jee….”jawab Siti sambil mengelip2 kan matanya..
“aik kak..pesal ade satu ni kopi, spesel tol…”tanya Siti.
“tu Shahir punya, dia memang suka minum kopi…” jawab Kak Jenny.
“haa….kalau nak minum ambik laa..akak nak pegi hantar kat bilik Dato jap” sambung Kak Jenny.

Beberapa jam kemudian….
Shahir menekan perutnya..masuk kali nih dah 10 setengah kali dia pergi ‘melaburkan saham’..yang setengah tu dia patah balik…..termasuk balik agaknya…hihihi..
“haaa..da selesai belum..ni banyak surat  nak kene hantar hari ni?” sergah Siti pada Shahir yang muka macam dah masuk dalam peti mayat..pucat jerr…
“hey….ko buta ke…tak nampak orang tengah sakit ni?”marah Shahir pada Siti.
Wahhh……dah makin teruk….ber ‘lembu’ plak da…dulu awak ok lagi…
Kak Jenny yang baru habis mengemas pantry tu pelik melihat muka ‘mayat’ Shahir.
“ni apsal plak nih?”
“ntah la kak, semacam jer perut nih memulas” jawab Shahir perlahan.
“apa yang kamu makan pagi tadi?” tanya Kak Jenny lagi.
“mana ade makan…minum air yang akak buat je laa..haa…akak buh apa tadi dalam kopi tu” tanya Shahir.
“haishh….selalu ko minum kopi akak sihat jer….”jawab Kak Jenny tak puas hati..opcos la dia touching…
“ala….terlebih dosa kowt…..pas tu nak tuduh akak plak..”sampuk Siti sambil terseyum sinis.
“hey ko senyap boleh tak??” marah Shahir.
“opss…..eh, boleh pergi jauh sikit tak…busuk laaa…dari tadi keluar masuk tandas..”sindir Siti sambil menutup hidung.
‘kurang ajar betul perempuan ni..tapi betul laa..aku minum kopi jer pagi tadi..tapi takkan Kak Jenny nak buat macam tu kat aku…eh…tapi..’ monolog hati Shahir..
Imbas kembali…
Shahir berselisih dengan Siti di pantri semasa dia ingin mengambil air minuman yang biasa Kak Jenny tinggalkan untuk dia..
“haii..anak tarzan pun reti buat air rupanya..” sindir Shahir dengan niat ingin mengenakan Siti. Sememanganya dia masih bengang dengan apa yang Siti lakukan semalam.
Siti tidak membalas. Dia hanya tersenyum saja. Shahir sengaja melanggar bahu Siti untuk membalas rasa sakit hatinya.yang peliknya Siti tidak mengamuk langsung…
Akhirnya Shahir menyedari sesuatu…
“weyh..ko bubuh ape ha dalam air aku?” marah Shahir pada Siti setelah dia menyedari sesuatu…
“wah..main tuduh2 lak mamat serabut ni…..bila lak aku letak?apa bukti?”jawab  Siti selamber..
Kak Jenny pun berfikir perkara yang sama….firasat andartu dia mengatakan Siti yang membuat Shahir menjadi mayat sekejap.
“tak pe..hari ni hari kau….ko tunggu laaa” jawab Shahir mengungut Siti.
“sikit pown aku tak takut” jawab Siti berani.
Hakikat yang sebenarnya memang Siti yang letak julap dalam air Shahir, tapi dia nak letak sikit jer, tapi tertumpah pulak..nak buat macam manakan..benda dah jadi kata Siti di dalam hati bila julap yang di letak tu terlebih.
Sampai bila perang ni akan tamat?
Atau akan muncul seseorang menyelamatkan huru hara yang berlaku sekarang??

                                      ***************************************

2 comments:

  1. hahaha besh2...update lagi plz..pretty plzz..
    sgt suke bahasa & garapan ayat yg digunekan...u'r really talented lah... :)

    ReplyDelete