Assalamualaikum.welcome to my blog..kalau ada sebarang pertanyaan atau nak saya buat entry tentang apa2, email saya di happybearstory@yahoo.com :)

Wednesday, February 29, 2012

mertua paksa langkah al-quran untuk dapatkan anak dan isteri !!


KUCHING: Tidak sanggup menanggung dosa besar angkara syarat pelik keluarga mentua yang memaksa melangkah al-Quran sebelum dibenar mendapatkan kembali isteri dan anak-anak, seorang saudara baru mengadu kejadian itu kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais), selain membuat laporan polis.

Sebelum ini, Mohd Ikmal Hakimie Abdullah, 32, sudah tujuh kali melangkah al-Quran di depan pintu utama rumah mentuanya selepas dipaksa berbuat demikian oleh keluarga mentuanya yang beragama Islam.

Dia mendakwa, setiap kali berbuat demikian kejadian itu turut disaksikan dua penduduk kampung mentuanya di Trusan Jaya, di sini, termasuk seorang daripadanya berbangsa Cina.

Mohd Ikmal mendakwa, syarat pelik keluarga mentuanya itu kali pertama berlaku pada Disember 2008 ketika dia bertandang ke rumah mereka bagi menjemput isteri berusia 27 tahun dan dua anak lelaki berusia tiga serta lima tahun selepas wanita berkenaan melarikan diri dari rumahnya di Sematan.


“Saya dipaksa melakukan perbuatan itu sebagai syarat mendapatkan semula isteri dan anak serta membuktikan saya tidak mengamalkan sihir. Ini kerana keluarga mentua menuduh saya mengamalkan sihir ketika datang mengambil isteri dan anak di rumahnya. - myMetro
 maybe korang da pernah baca artikel ni kat mana2 ..tapi aq still nak share jugak
gilaa laa !!
kalau ye pown nak buktikan menantu dye tu tak amalkan sihir , perlu ke menghina al-quran ..
kalam Allah ok ..
manusia akhir zaman...niat tak pernah nak menghalalkan cara...ada cara lain kalau nak buktikan menantu dia betul2 amalkan sihir ...
nauzubillah ..
moga mak mertua dye bertaubat ..


1 comment: